
Norazam Shah Ibrahim PJK
Managing Director
Seorang usahawan muda berusia 28 tahun yang gigih, cekal serta berwawasan jauh dalam bidang perniagaan. Tidak keterlaluan sekiranya beliau dinobatkan untuk dilahirkan sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Sebelum menerajui Kumpulan GMP Kaisar, beliau pernah berkhidmat di Republik Indonesia sebagai Pengurus Pemasaran di Syarikat Masylahat Store Ltd. Pte di Jakarta selama setahun. Sekembalinya ke tanahair, beliau memegang jawatan Pengurus Besar di Syarikat Sopiah di negeri Kedah. Seiring dengan kerjaya cemerlang beliau menerajui kumpulan GMP Kaisar, beliau juga telah mendapat pengiktirafan serta kepercayaan menjawat jawatan Bendahari untuk Konsortium Kontraktor Bumiputra Daerah Baling, Kedah, juga Penasihat bagi agensi pekerja asing dari Indonesia, India, Bangladesh, Nepal, Myanmar.
Hasil hubungan dengan ahli perniagaan dari Indonesia, beliau telah menjalinkan beberapa jaringan perniagaan termasuk dilantik sebagai agen pembekal arangbatu.
Selain amat serius dalam bidang perniagaan, beliau juga bergiat aktif sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Baling, Kedah.
Mohd Marzuki Abdul Rahman
Director
Berusia 36 tahun dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pembekalan buruh asing ke Negara ini. Beliau mempunyai rangkaian hubungan dengan agen-agen pembekalan daripada Negara sumber tenaga buruh daripada seluruh pelusuk Negara ASEAN khususnya Negara Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Cambodia dan Myanmar.
Sebaik beliau menamatkan pengajian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di sebuah kolej Kuala Lumpur pada tahun 1986, beliau terus berkecimpung dalam bidang perniagaan peruncitan kedai minyak di sebuah Bandar di Negeri Kedah Darul Aman.
Usahawan berkebolehan ini terus mengorak langkah meluaskan pengalaman perniagaannya dengan menceburi sektor pembinaan sebagai kontraktor lesen kelas “F” yang diiktiraf oleh Pusat Khidmat Kontraktor Malaysia.
Pada tahun 2000, beliau mendapat peluang mengikuti rombongan ahli perniagaan serta usahawan Malaysia ke Luar Negara untuk mengintai peluang-peluang perniagaan yang lebih global. Akhirnya, atas dasar keperluan sektor ekonomi Negara yang kian mendesak, beliau menyedari bahawa keupayaan tenaga kerja di Malaysia semakin berkurangan dan perlu di isi segera. Oleh itu beliau mula berkenalan dengan agen-agen pembekalan buruh asing dari luar dan mula membekal tenaga buruh ke seluruh pelusuk Negara ini.
Pengalaman, kebolehan, integriti serta kepakaran beliau tidak boleh dipertikaikan lagi dan semua pihak pasti berpuas hati dengan khidmat yang diberikan kelak.
|